CCRIS
BNM- Apa yang di maksudkan dengan CCRIS? CCRIS adalah singkatan
kepada Central Credit Information System.
CCRIS
digunakan oleh institusi kewangan di negara kita untuk menilai tahap sejarah pembayaran
pinjaman seseorang itu ataupun tahap scoring seseorang itu sebelum institusi
kewangan tersebut membuat Keputusan untuk memberikan pinjaman kepada bakal
peminjam mereka
Kini, Anda Sudah Boleh Dapatkan CCRIS BNM Tanpa Perlu Hadir Ke Bank Negara
Perkara
yang sangat merisaukan bagi seseorang yang hendak membuat apa-apa loan ialah
rekod CCRIS BNM yang buruk. Jika rekod CCRIS BNM buruk atau teruk sudah
tentulah peluang untuk loan tersebut di Reject tersangatlah tinggi.
Justeru
itu, rekod CCRIS BNM sangat penting untuk kita supaya kita dapat memantau rekod
CCRIS BNM kita dan untuk kita memperbaiki rekod CCRIS BNM kita supaya kita
dapat elakkan rekod CCRIS BNM kita menjadi buruk.
Jika
dahulu, untuk mendapatkan CCRIS BNM anda perlu pergi ke bank negara tetapi
untuk sekarang, anda sudah tidak perlu ke bank negara kerana BNM memperkenalkan
system eCCRIS BNM.
BACA JUGA: 4 Amalan Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Bulan Ramadhan
Cara Nak Dapatkan CCRIS Melalui Sistem eCCRIS BNM
Untuk dapatkan rekod CCRIS secara online bukanlah satu perkara yang sukar. Jom kami kongsikan dengan and acara nak dapatkan rekod CCRISS secara online.
Daftar Akaun BNM
Langkah
pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan melayari laman web eCCRIS BNM. Kemudian,bagi yang belum mempunyai akaun eccris bnm, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu
dengan klik pada butang “REGISTER NOW”
Kemudian,
anda akan di bawa ke halaman seterusnya. Pastikan juga anada mmepunyai online
banking, kerana anda perlu membuat bayaran RM 1 secara online untuk pengesahan
maklumat dan bayaran RM 1 akan dipulangkan semula ke akaun bank anda dalam masa
2 hari waktu berkerja.
Masukkan Detail Yang Diminta
Seterusnya,
anda perlu klik pada kotak “Yes I Understand And Proceed”. Kemudian, anda akan
di bawa ke halaman bayaran, pada bahagian ini anda perlu mengisi maklumat yang
di minta, seperti:
- Nama penuh
- Alamat email
- No Ic
- Nombor telefon
Setelah
selesai isi semua detail di atas, anda perlu “Slide to Verify”.
Selepas
itu, anda akan di bawa ke halaman serterusnya untuk anda buat bayaran. Anda
perlu memilih jenis online banking anda dan seterusnya terus membuat bayaran.
Mula Log Masuk
Setelah
selesai mebuat bayaran, anda boleh log masuk ke akaun bnm eeccris dengan cara
menekan butan First time login. Kemudian, pada bahagian seterusnya anda akan di
minta untuk isi segala detail yang di minta terutama sekali User id dan
Password. Pastikan, anda isi segala maklumat yang diminta dengan tepat supaya memudahkan
anda untuk log masuk pada akaun eccris bnm nanti.
Kemudian,
setelah selesai isi semua maklumat yang diminta tadi, anda boleh log masuk ke portal
eccris BNM menggunakan user id dan password yang telah anda tetapkan tadi.
Untuk dapatkan rekod ccris, anda perlu pergi ke bahagian enquiry. Selepas itu, anda
perlu klik pada kotak “ I AGREE dan REPORT ENQUIRY”
Selepas
itu, anda akn di bawa ke bahagian report ccris anda dan anda boleh muat turun
report ccris tersebut.
Kesimpulan
Kesimpulanya,
rekod ccris sangat penting buat kita pada masa kini. Ia membantu dalam membantu
pihak bank dan pemberi pinjaman untuk menentukan kelayakan kita untuk membuat
pinjaman dengan mereka.
Sounds fast and easy. Thank you for sharing this valuable information. Take care.
ReplyDeleteOhh woow....this is really useful information on how to retrieve record eccris with BNM. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDeleteThis is good, thanks for sharing this info and steps. Now i need to check mine too
ReplyDeletePost a Comment