Nothing Phone 2a: Phone Menarik Pada Harga Mampu Milik

Nothing Phone 2a merupakan salah satu model phone yang baru dilancarkan dan salah satu model phone yang sedang hangat diperkatakan oleh netizen di negara kita

Nothing Phone 2a


Nothing Phone 2a Model Phone Yang Menarik & Mempunyai Performance Yang Baik Tetapi Pada Harga Mampu Milik 

Mungkin ada yang baru pertama kali mendengar jenama Nothing Phone ni. Ia merupakan salah satu model yang telah lama berada di pasaran Malaysia dan beberapa modelnya yang sebelum ini juga telah menjadi salah satu hot model di negara kita terutama sekali nothing Phone 2 yang merupakan phone gaming yang mampu milik.


Kini, Nothing Phone telah melancarkan model terbarunya iaitu Nothing Phone 2a. Walaupun baru dilancarkan tetapi ia mendapat review yang positif bagi penggemar gadget dan teknologi. Nak tahu sebab apa Nothing Phone 2a ni mendapat review yang positif? Jom kami kongsikan sebabnya:

Nothing Phone 2a

1- Design Yang Menarik

Tidak dinafikan, Nothing Phone 2a ini memang mempunyai reka bentuknya yang unik dan agak menarik. Terutama sekali reka bentu kameranya yang lain dari yang lain dan kedudukan cameranya adalah secara melintang dan bukanya menegak. Jika dilihat ia seolah-olah seperti sepasang mata. 


Selain itu juga, Nothing Phone ni juga turut mengekalkan lampu LED Ghylp dan turut didatangkan dengan sisi panel belakang yang Lutsinar menjadikan Nothing Phone 2a kali ni nampak lebih menarik dan lebih eksklusif.


Nothing Phone 2a

2- Spesifikasi Yang Power

Selain dari designya yang menarik, spesifikasi Nothing Phone 2a ni juga tidak kurang hebatnya. Ia di datangkan dnegan 12GB RAM dan 256GB storage dan menggunakan prosesor Mediatek 7200 PRO yang ditambah pula dengan Android 14 terbaru membuatkan Nothing Phoine 2a sebuah phone yang mempunyai prestasi yang sangat baik dan mempunyai spesifikasi yang power untuk sebuah phone yang mampu milik


BERNIAGA DI ETSY: 4 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BERNIAGA DI ETSY


3- Paparan Screen Yang Menarik

Satu lagi kelebihan bagi nothing Phone 2a ini ialah paparan displanya yang lebih menarik. Kalau dilihat display yang ada dalam model ini ianya nampak lebih menarik dan nampak lebih modern memang berbeza dengan model-model android yang lain. Ditambah pula, dengan menggunakan screed Amoled, ia menjadikan paparan skrin model ini nampak lebih HD dan kalau tengok video atau main game pasti akan terasa lagi puas hati.


4-Harga Yang Mampu Milik

Pasti ramai yang menyangkakan dengan segala spesifikasi yang terdapat pada model ini harganya sudah pastilah akan jadi lebih mahal. Sebenarnya, untuk model nothing phone terbaru ini, harganya tidaklah sampai RM 2000 tetapi harganya hanya RM 1599 sahaja. Ianya boleh dikatakan sebagai salah satu handphone 5G yang mampu milik dengan  spesifikasinya yang power dan berbaloi untuk dimiliki oleh semua orang.


Nothing Phone 2a Adalah Phone Yang Akan Menjadi Salah Satu Model Yang Mendapat Permintaan Di Negara Kita


Kesimpulanya, Nothing Phone 2a merupakan salah satu model yang unik dan tidak mustahil jika model ini, akan menjadi salah satu model yang mendapat permintaan yang tinggi. Secara tidak langsung ia akan menjadi salah satu model handphone yang yang mempunyai peminatnya yang tersendiri

4 Comments

  1. First time I heard of Nothing. It sounds like a good phone. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
  2. This is a new phone brand to me, reading your phone review, it's kind of worth to own with the price & specifications. Thanks for sharing. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  3. baru tau ada brand ni untuk telefon. Cantik juga dan harganya tak la harga kayangan.

    ReplyDelete
  4. Absolutely a nice phone specifications to own this at its reasonable price. Thanks for sharing this. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post