4 Amalan Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat bertemu dalam bulan Ramadhan yang mulia. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh umat islam

Bulan Ramadhan


Ada Beberapa Amalan Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Bulan Ramadhan Ini

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh umat islam di seluruh dunia. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan bulan yang penuh dengan ganjaran pahala.

Justeru itu, tidak hairanlah apabila tiba Sahaja bulan Ramadhan umat islam, berlum-lumba untuk melakukan segala amal kebaikkan dan amal ibadah untuk mengumpul seberapa banyak pahala. Jadi, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh kita sepanjang bulan Ramadhan ini. Jom kami kongsikan beberapa amalan yang boleh anda lakukan.

Bulan Ramadhan


Banyakkan Bersedekah

Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling ramai orang melakukan amalan sedekah. Tidak kiralah, sama ada individua tau Syarikat, masing-masing akan berlumba lumba untuk bersedekah terutama sekali kepada golongan yang kurang berkemampuan dan juga anak yatim. Salah satu sebab kenapa ramai yang berlumba-lumba untuk bersedekah adalah kerana pada bulan inilah akan dapat ganjaran pahala yang sangat banyak.

Membaca Al-Quran

Selain itu, bulan puasa juga merupakan waktu terbaik untuk anda memperbanyakkan bacaan Al-quran dan khatam Alquran. Kalau bulan puasa sebelum ini, kita mungkin sibuk dengan tugas harian sehingga tidak mempunyai masa untuk membaca atau khatam Al-Quran, jadikan bulan puasa ini sebagai salah satu waktu yang terbaik untuk kita perbanyakkan bacaan Al-quran dan Khatam Al-quran dan mengumpul seberapa banyak ganjaran pahala yang boleh kita peroleh

 Baca Juga: Nothing Phone 2a: Phone Menarik Pada Harga Mampu Milik

Solat Tarawih

Bila tiba Sahaja bulan Ramadhan, solat tarawih adalah salah satu amalan yang sangat di tunggu-tunggu dan dinanti-nantikan oleh semua umat islam. Pada sebelah siangnya, kita sudah sibukkan diri dengan berkerja mencari rezeki, sudah tentulah pada sebelah malamnya kita mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan melakukan ibadah.

Justeru itu, pada sebelah malam semua umat islam akan berpusu-pusu ke masjid atau surau untuk menunaikan solat Tarawih dan witir. Menunaikan Solat Tarawih adalah sunat Muakad dan sudah pastilah mendapat ganjaran pahala bagi yang melakukanya.

Bulan Ramadhan


Berdoa Dan Selawat

Bulan Ramdhan adalah salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Justeru itu, kita digalakkan untuk banyak berdoa dan berselawat dengan lebih kerap. Secara tidak langsung ia dapat mengisi waktu kita sepanjang bulan Ramafhan ini dengan perkara yang berfaedah dan juga amal kebaikkan. Secara tidak langsung kuranglah kita melakukan perkara yang sia-sia dan apabila banyak berselawat secara tidak langsung kita dapat mengumpul seberapa banyak pahala.

Dalam pada masa yang sama kita ia juga mendekatkan kita kepada Allah. DBukan itu Sahaja, kita juga perlulah menggunakan peluang di bulan Ramadhan ini sebagai salah satu waktu mustajab berdoa dengan berdoa supaya kita terus diberikan kekutan iman dan terus istiqamah untuk sentiasa beribadah kepada Allah SWT. 

Bulan Ramadhan Adalah Waktu Untuk Kita Memperbanyakan Lagi Ibadah Dan Mengumpul Sebanyak Mungkin Pahala

Kesimpulanya, bulan Ramadhan bukanlah bulan yang kita tidak boleh makan dan minum pada siang hari, tetapi juga ia merupakan bulan untuk kita memperbanyakan lagi amalan yang baik dan meperbanyakkan lagi ibadah.

Jadi, gunakanlah bulan Ramadhan ini dengan segala amal kebaikan dan untuk memperbaiki diri supaya menjadi seorang yang lebih baik berbanding sebelum bulan puasa.


Post a Comment

Previous Post Next Post