Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat bertemu dalam bulan
Ramadhan yang mulia. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan
oleh umat islam
Ada Beberapa Amalan Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Bulan Ramadhan Ini
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan bulan yang
sangat dinanti-nantikan oleh umat islam di seluruh dunia. Bulan Ramadhan adalah
bulan yang sangat mulia dan bulan yang penuh dengan ganjaran pahala.
Justeru itu, tidak hairanlah apabila tiba Sahaja bulan Ramadhan umat islam, berlum-lumba untuk melakukan segala amal kebaikkan dan amal ibadah untuk mengumpul seberapa banyak pahala. Jadi, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh kita sepanjang bulan Ramadhan ini. Jom kami kongsikan beberapa amalan yang boleh anda lakukan.
Banyakkan Bersedekah
Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling ramai orang melakukan amalan sedekah. Tidak kiralah, sama ada individua tau Syarikat, masing-masing akan berlumba lumba untuk bersedekah terutama sekali kepada golongan yang kurang berkemampuan dan juga anak yatim. Salah satu sebab kenapa ramai yang berlumba-lumba untuk bersedekah adalah kerana pada bulan inilah akan dapat ganjaran pahala yang sangat banyak.
Membaca Al-Quran
Selain itu, bulan puasa juga merupakan waktu terbaik untuk
anda memperbanyakkan bacaan Al-quran dan khatam Alquran. Kalau bulan puasa sebelum
ini, kita mungkin sibuk dengan tugas harian sehingga tidak mempunyai masa untuk
membaca atau khatam Al-Quran, jadikan bulan puasa ini sebagai salah satu waktu
yang terbaik untuk kita perbanyakkan bacaan Al-quran dan Khatam Al-quran dan
mengumpul seberapa banyak ganjaran pahala yang boleh kita peroleh
Baca Juga: Nothing Phone 2a: Phone Menarik Pada Harga Mampu Milik
Solat Tarawih
Bila tiba Sahaja bulan Ramadhan, solat tarawih adalah salah
satu amalan yang sangat di tunggu-tunggu dan dinanti-nantikan oleh semua umat
islam. Pada sebelah siangnya, kita sudah sibukkan diri dengan berkerja mencari
rezeki, sudah tentulah pada sebelah malamnya kita mengabdikan diri kepada Allah
SWT dengan melakukan ibadah.
Justeru itu, pada sebelah malam semua umat islam akan
berpusu-pusu ke masjid atau surau untuk menunaikan solat Tarawih dan witir.
Menunaikan Solat Tarawih adalah sunat Muakad dan sudah pastilah mendapat ganjaran
pahala bagi yang melakukanya.
Berdoa Dan Selawat
Bulan Ramdhan adalah salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Justeru itu, kita digalakkan untuk banyak berdoa dan berselawat dengan lebih kerap. Secara tidak langsung ia dapat mengisi waktu kita sepanjang bulan Ramafhan ini dengan perkara yang berfaedah dan juga amal kebaikkan. Secara tidak langsung kuranglah kita melakukan perkara yang sia-sia dan apabila banyak berselawat secara tidak langsung kita dapat mengumpul seberapa banyak pahala.
Dalam pada masa yang sama kita ia juga mendekatkan kita
kepada Allah. DBukan itu Sahaja, kita juga perlulah menggunakan peluang di
bulan Ramadhan ini sebagai salah satu waktu mustajab berdoa dengan berdoa
supaya kita terus diberikan kekutan iman dan terus istiqamah untuk sentiasa
beribadah kepada Allah SWT.
إرسال تعليق