Pengeluaran Akaun 3 KWSP: Cara Nak Daftar Dan Keluarkan Duit Akaun 3 KWSP

Pengenalan akaun 3 KWSP atau lebih dikenali sebagai akaun fleksible merupakan salah satu berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia

akaun 3 KWSP


Pada waktu ini, kebanyakkan dari kita sedang mengalami masalah kewangan disebabkan oleh kos sara hidup yang semakin meningkat. Justeru itu, ramai antara kita mula mencari alternatif lain untuk menambah sumber kewangan bagi menampung kos sara hidup pada masa kini.

Pengenalan Akaun 3 KWSP Memberikan Kelegaan Buat Rakyat Di Negara Kita

Baru-baru ini, pihak Kerajaan dan pihak KWSP membuat pengumuman yang melegakan dan menggembirakan rakyat Malaysia iaitu pengenalan akaun 3 KWSP. Apa yang dimaksudkan dengan akaun 3 KWSP ni?

Akaun 3 KWSP atau lebih dikenali akaun fleksible merupakan akaun baru yang diperkenalkan oleh pihak KWSP. Akaun ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk memudahkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan wang simpanan mereka pada bila-bila masa Sahaja. Ia sedikit sebanyak dapat membantu, mereka yang memerlukan sumber kewangan terutama sekali pada waktu kecemasan.

Cara Untuk Pindah Duit Dari Akaun 2 Ke Akaun 3 KWSP

Untuk membuat pengeluaran wang kwsp akaun 3, perkara pertama sekali yang perlu kita lakukan ialah dengan membuat permohonan pemindahan wang KWSP akaun 2 ke akaun 3 kita terlebih dahulu.


Untuk membuat pemindahan wang, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan mempunyai i akaun KWSP terlebih dahulu. Kemudian, anda boleh terus membuat permohonan pemindahan wang kwsp akaun 2 ke akaun 3.


Setelah selesai membuat pemindahan, anda hanya tunggu duit anda di pindahkan ke akaun 3, Biasanya akan mengambil masa selama 7 hari waktu berkerja.


Mula Membuat Permohonan Pengeluaran Wang KWSP Dari Akaun 3 KWSP

akaun 3 KWSP



Untuk membuat pengeluaran wang dari akaun 3 KWSP, ada beberapa langkah yang perlu anda ikuti, Antaranya ialah, 

  1. Log masuk ke i-akaun anda.
  2. Pergi ke bahagian menu pengeluaran. Kemudian, pilih keluarkan simpanan anda.
  3. Selepas itu, pilih keluarkan sekarang
  4. Tekan butang keluarkan sekarang
  5. Di halaman seterusnya, anda boleh masukkan jumlah pengeluaran yang anda mahukan dan pilih teruskan
  6. Pada bahagian seterusnya,  anda boleh memilih untuk mengeluarkan wang anda dengan menggunakan akaun bank yang sedia ada (Bagi yang pernah membuat pengeluaran wang kwsp sebelum ini) atau mengemaskini akaun bank anda dan tekan butang seterusnya.
  7. Seterusnya, anda perlu pilih terima sekiranya bersetuju dengan perakuan ahli dan masukkan pula nombor TAC yang telah dihantar pada nombor yang telah berdaftar dengan i akaun.
  8. Akhir sekali, permohonan anda telah berjaya di hantar dan tunggu wang anda dikreditkan ke dalam akaun bank anda.


Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP

akaun 3 KWSP



Untuk Memastikan pengeluaran wang dari akaun 3 KWSP anda brjaya, ada beberapa syarat yang perlu anda tahu. Antaranya ialah:

  1. Terbuka kepada semua ahli KWSP sama ada warga negara atau bukan warganegara
  2. Belum mencapai umur 55 tahun
  3. Mempunyai wang dalam akaun fleksible
  4. Mempunyai akaun bank yang aktif

Post a Comment

أحدث أقدم