Anda Boleh Jual produk kreatif Anda Di Etsy Dan Menjana Pendapatan Sampingan Sambil Duduk Di Rumah
Tetapi, di Etsy.com ia ada sedikit berbeza dengan platform ecommerce yang lain. Kebanyakkan produk di Etsy.com adalah produk berkaitan kreatif dan hasil seni termasuk produk digital. Ada beberapa sebab kenapa Etsy.com perlu menjadi salah satu pilihan buat anda yang hendak menambah pendapatan sampingan. Antaranya:
1- Boleh Menjual Produk Digital
Kebanyakkan platform Ecommerce yang lain hanya dikhususkan bagi produk fizikal sahaja. Jadi, agak sukar untuk memasarkan produk digital dan juga hasil kreatif kita. Tetapi di Etsy.com ia membuka peluang dan ruang buka mereka yang mempunyai produk digital dan boleh menjualnya secara online melalui Etsy. Kebanyakan pengunjung website Etsy.com adalah mereka yang mencari produk-produk digital. Secara tidak langsung, ia menjadi salah satu pasaran yang besar bagi mereka yang hendak menjual produk digital mereka.
2- Tidak Perlu Buat Website
Satu lagi kelebihan jika anda jual produk anda di Etsy.com adalah anda tidak perlu susah payah buat website hanya kerana mahu pasarkan produk anda. Untuk buat website harganya sangatlah tinggi dan bagi yang tidak mempunyai bajet yang tinggi atau yang hanya mahu menjual barangan digital, produk kreatif dan seni secara One-off Etsy sememangnya sangat memudahkan anda dan sangat menjimatkan wang anda kerana anda hanya perlu upload produk anda dan tunggu sahaja pembeli membeli produk anda. Memang mudah untuk anda yang baru nak menjual produk di Etsy.com
3- Pasaran yang Sangat Luas
Dalam berniaga secara online antara perkara yang kita akan ambil tahu ialah pasaran bagi plaform tersebut. Sudah tentulah setiap dari kita mahukan satu platform yg mempunya pasaran yang besar/luas untuk memudahkan kita untuk memasarkan produk. Bagi yang baru hendak berjinak-jinak untuk menjual perkhidmatan anda di Etsy tapi anda takut jika tidak ada customer yang beli produk anda, jangan risau kerana Etsy.com mempunyai pasaran yang sangat luas dan pembeli di Etsy datang dari dalam dan luar negara. Jadi, peluang untuk produk anda terjual sangat tinggi.
4- Bayaran Dalam USD
Satu lagi sebab kenapa Etsy.com patut menjadi pilihan anda adalah kerana setiap produk yang dijual harganya adalah dalam USD. Kebanyakan pembeli produk dalam Etsy ini adalah pelanggan dari luar negara. Justeru itu, transaksi yang dijalankan adalah dalam bentuk USD. Jadi, anda pun boleh dapat keuntungan yang lebih tinggi dan lebih lumayan
إرسال تعليق